Jumaat, 28 Februari 2020

Surah Al-Kahfi



Surah Al-Kahfi merupakan surah yang ke-18 di dalam kitab suci Al-Quran dan mempunyai 110 ayat. Al-Kahfi bermaksud 'gua'. Ini kerana terdapat kisah mengenai Ashabul Kahfi yang bererti 'penghuni gua' pada ayat ke-9 hingga ke ayat ke-26. Kisah ini mengenai beberapa orang pemuda beriman yang telah melarikan diri ke sebuah gua dan bagaimana Allah menidurkan mereka selama 309 tahun. Lokasi Gua Ashabul Kahfi terletak kira-kira 7km dari pusat bandar Amman, Jordan.

Terdapat lagi tiga kisah lain di dalam surah Al-Kahfi ini. Kisah kedua, mengenai Shaahibul Jannatain (Pemilik dua kebun). Kisahnya dimulai dari ayat ke- 32 sampai ayat ke-44. Kisah ketiga, adalah Musa a.s. menuntut ilmu kepada Haidir a.s yang dimulai dari ayat ke- 60 sampai ayat ke- 82. Kisah yang keempat dan terkahir adalah mengenai Dzulkarnanin dan kaum Yakyuj Makjuj yang bermula dari ayat ke-83 hingga ayat ke-98.

Antara manfaat mengamalkan Surah Al-Kahfi:

1. Terhindar dari fitnah Dajjal. Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Abu Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْف عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ

Maksudnya: Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal. (Hadith riwayat Muslim: 1342)

2. Memperoleh pengampunan dosa di antara dua Jumaat

Dalam riwayat lain dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah bersabda,

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ أَضَآءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ

Maksudnya: Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jum’at.(HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249)

3. Dipancarkan cahaya sejauh dirinya dan kaabah

Dari Abu Sa’id al-Khudri RA bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ

Maksudnya: Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘Atiq (Sunan Ad-Darimi: 3273)

Sumber:

Ahad, 9 September 2018