Khamis, 25 September 2008

politik itu, politik ini...

salam...
kali ni cuba nk membincangjan topik yang serius iaitu politik! selalunya orang akan mengaitkan politik ini dengan politik kotor... betul ke politik ni kotor? dah takde ke ahli politik yang menjalankan tugasnya dengan jujur dan amanah, tanpa perlu memutar belitkan fakta? jadi, bagi saya personally, politik memang tak boleh lari dari kotor...

x percaya?! cuba lihat dada2 akhbar, media2 bercetak, media elektronik malahan berita di tv juga asyik menyiarkan tentang perbalahan oleh ahli2 parlimen kita! kadang2, benda yang remeh boleh dibesarkan dan benda yang sepatutnya mereka beratkan seperti kebajikan rakyat diabaikan. apa guna jadik ahli parlimen jika ingin bertekak saja... cubalah sekali, tunaikan janji yang diberi sewatku sibuk berkempen dahulu...

entahlah, saya pun tak tau nk komen panjang2 tentang situasi politik di negara kita! saya tidak menyokong mana2 pihak. saya menyatakan semua ini sebagai seorang rakyat malaysia yang sayangkan negaranya! yang tidak mahu negaranya terkorban hanya disebabkan ketamakan pemimpin atasannya!

saya harap, mereka yang terlibat akan sedar akan kesilapan mereka dan kembali ke jalan yang benar... semua ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk kepentingan negara itu sendiri. janganlah terlalu taksub akan benda2 remeh hinggakan perkara yang paling utama diabaikan. sekian sahaja pendapat saya kali ini.

Selasa, 2 September 2008

Suasana Awal Ramadhan

salam...

diam x diam, dah 2 hari umat Islam menunaikan ibadah puasa di bula Ramadhan Al-Mubarak ini. semalam, hari Ramadhan pertama, aku ngan mak aku pergi aar bazar ramadhan kt Segamat ni hah! kitaorg pergi dlm pukul 6, skali kebanyakan juadah yang dijual semua dah habis! aku plan nk beli murtabak ngan ayama percik jer. sekali dua2 pun dah abis. takde rezeki akulah ari tu. last2, aku ngan mak aku balik jer. tapi bukan dengan tangan kosong aar. still beli air tebu ngan tau foo fa.

lps tu, alhamdulillah aku pegi solat terawikh kt surau kampun aku! fisrt day terawikh, aku buat 20 rakaat. witir buat sendiri kat umah sbb lps rakaat ke-20, perut aku tetiba memulas2. aku pun balik aar umah dulu! aku rasa perut aku memulas sbb aku banyak sangat minum susu segar! ye aar, akukan kanak2 yang nk membesar. kenalah minum susu bebanyak, hehe...

skang ni pun, gusi aku sakit sbb geraham bongsu aku nk tumbuh! dah dekat nk 3 hari aaar, x habis2 lagi! tapi yang bagusnya, aku takleh makan banyak2 sbb susah nk mengunyah! maka,bolehlah aku menjaga badan aku supaya tak naik sangat di bulan ramadhan ni! ye aaar, puasa mmg puasa, tapi kalau buka tak hengat dunia, sama jerkan nanti

hari kedua aku terawikh lagi haru! baru nk masuk rakaat ke-3, aku pitam! gelap jer aku tengok sejadah aku. maka, lps habis 4 rakaat, aku bergegas balik kt umah, tumbang. aku sambung balik terawikh ngan witir esok paginay, pukul 4. sampai skang akuk x atu knp aku pitam! erm, mak aku kata, maybe sbb air tebu yang aku beli tu. erm, mungkin jugak kot! hari ni aku harap, aku boleh meneruskan terawikh tanpa sebarang musibah, insyaAllah.

petang tadi, aku bawak kezen2 aku pegi beli kad raya! aku spt biasa amek design yang palin sempoi! ntah aar, sejak mencecah 20 tahun lebih ni, dah kurang berminat dah nk beli kad raya yg katon2 tu walapun tak dinafikan yang kad2 mcm tu mmg menarik! ntah aar, mmg dah jadik lumrah alam kot bila dah berusia ni, dah tak minat dah nk beli kad katon2 ni walaupun aku masih minta utk tgk katon kt tv dan baca komik katon, huhu... last2, kezen aku beli kad katon, aku beli kad matured.. ;p

okay aaar ek, sampai sini jer entry aku kali ni! aku nk pegi solat terawaikh ngan parents aku sat laei... until next time! selamat menyambut ramadhan al-mubarak! selamat berpuasa dan selata berbuka puasa. selamat beribadah dengan ikhlas juga... semoga ramadhan kali ini membawa keberkatan daripada-Nya.