Khamis, 9 Oktober 2008

kemalasan melanda diri...

salam...

apalah nak jadik dengan diri ni?! sejak dua menjak ni dilanda penyakit malas yang berleluasa. malas tu mmg dah sudah semestinya ada, tapi kali ni malas nk melampau, tahap dewa punya malaslah ni! ni mesti sebab dapat cuti lama sangat ni, tu yang jadik pemalas profesional! tgk tu, nk salahkan cuti plak, bukan tau nk salahkan diri sendiri! ni tugasan ada 3 menanti, satu pun tak buat lagi! tulah dah biasa sangat buat last minute, x gheti nk start awal! mati ler cenggini! tak lama lagi ada midterm! nk kena baca buku lagi, boleh giler jadiknya, huhu~~

tapi semua benda ni terjadik sebab kemalasan yang menguasai diri! tiada lain yang boleh disalahkan, melainkan diri sendiri! camner nk buang sikap malas ni pun x taulah! nk buang sikap kerja buat last minute lagi! banyak betul sikap buruk pada diriku ini rupanya... ni baru lihat dari satu aspek, tu belum lihat dari aspek lain macam kesopanan ker, ketatasusilaan ker (knp rasa mcm recite rukunegara, hehe...) ! tapi seriously, kala nk dicerminkan diri ini, macam muhasabah diri (posting yang lepas), mmg banyak kekurangannya! biler pikir balik, mana ada manusia yang sempurna pun! manusia ini dijadikan banyak kekurangannya! sbb tu Allah sentiasa menerima taubat hamba-Nya!

betapa Allah Maha Pemurah, memaafkan dosa hambaNya selagi belum melakukan dosa yang besar seperti syirik! cuba pikir kita sebagai manusia, patut mensyukuri nikmat yang Allah berikan! bukan mengeluh sepanjang masa! dengan mengeluh sahaja, takde apa yang kita dapat! kita sendiri yang kena mengubah segala sifat buruk kita! mcm sifat pemalas aku ni, aku sedar hanya aku sajaer yang mampu mengubahnya tetapi banyak alasan yang aku buat! astaghfirullah ruginya aku! aku tau apa yang aku patut buat, tapi untuk melaksanakannya, amat liat sekali! ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk merubah sifat burukku ini. ini x relevan dengan malas, tapi aku suka renungan ini.

aku tak ingat, kata-kata hikmat ni dari siapa, kalo x silap aku Imam Shafie, mungkin juga Imam Ghazali. tapi kata-kata dia berbunyi lebih kurang begini. Sesungguhnya manusia itu terbagi kepada 4 golongan iaitu:
  • Mereka Tahu Apa yang Mereka Tahu
  • Mereka Tahu Apa yang Mereka Tidak Tahu
  • Mereka Tidak Tahu Apa yang Meraka Tahu
  • Mereka Tidak Tahu Apa yang Mereka Tidak Tahu

setakat ini sajerlah nukilanku! kan dah cakap, kemalasan sedang melanda diri ini, huhuhu~~ Astaghfirullahal'azim! ya Allah, skali lagi, pinta hambaMu ini, jauhilah ku dari sifat malas ini, ameen~~