Khamis, 19 Ogos 2010

wargh, ketensenan melanda...

salam, tensen datang melanda lagi! banyak sebablah sebenarnya yang membuat aku tensen. ari ni aku buat kerja melagho ngan mengupd8 blog. peh tu, phone aku kt kilang lagi. yg aku tensen, no semua hilang. kenalah minta balik no kt family and friends. tahun ni juga aku x bersemangat utk raya. sbb masih belum dapat dikenalpasti. kena gi kursus induksi balik after raya. harap kali ni oklah sbb yg lepas tu mmg penuh ngan kenangan pahit. kenangan yg kalo boleh nk kulupuskan dari kotak memori. pernah tgk citer eternal sunshine on the spotless mind x? hah, aku nk bt mcm tulah, hilangkan memori. byk sbnrnye memori yg nk aku lupuskan kalo boleh, apakan daya, aku tiada dayanya.

aku baru abes tgk citer jepun, binbo no danshi, oguri shun yg hensen lagi kakkoi berlakon. lawak citer dia. tapi, aku kagum ngan kegigihan dia. aku rasa kt jepun mmg dah biasa dengan istilah baito (kerja part time). ke kt m'sia pun mmg dah biasa, aku jer yg x pernah buat. aku nk buat sbnrnye, nk tambah pendapatan. tapi (biasalah akukan seorang manusia yg hidup beralasan), aku x tau nk kerja yg camner. nk kerja kt fast food, boleh ke aku ni handle customer masa amek order, al-maklumlah, akukan ada masalah kesabaran. kena pegi anger management sbnrnye aku ni. byk jugak sifat buruk aku ek... aku ingat kalau yepun aku nk kerja part time, aku nk kerja kt kedai buku. tapi, kedai buku ada ke nk hire part time.

tapikan, biler pikir2 balik, aku ni kira beruntung gak. ramai lagi org yg susah kt luar sana. lepas tu aku pun terpikir, kenapa aku jahat sangat, asyik mengeluh jer. aku bersyukur dengan apa yang aku ada tapi kadang2 x dpt nafikan yg aku nk lebih. terukkan aku... ni mesti akan menjadi salah satu entry yg biler aku baca pada masa akan datang, aku x sangka aku yg tulis. nampak sangat entry ni ditulis di saat emosi yg x stabil. tapi, bilanye yg emosi aku nk stabil. asyik terumbang-ambing jer. akukan benci gak diri sendiri sbb rasa aku asyik merungut je, x de tindakan yang diambil. cukup sudah sampai di sini, hingga kita berjumpa lagi!

Isnin, 16 Ogos 2010

Mengharapkan Kematian

Sabda Rasulullah s.a.w:
Janganlah salah seorang antara kamumengharapkan kematian dan janganlah memintanya sebelum ia datang kepada seseorang. Sesungguhnya apabila mati salah seorang kamu, terputuslah amalannya. Tidak bertambah umur seseorang mukmin itu melainkan padanya ada kebaikan. ~ Riwayat Muslim

Sabda Rasulullah s.a.w:
Janganlah salah seorang antara kamu mengharapkan kematian. JIka dia telah melakukan kebaikan, maka dia masih ada masa menambah amalannya. Jika dia telah melakukan kejahatan, maka dia masih ada masa untuk bertaubat kepada ALLAH dan menghentikan amalan itu. ~ Riwayat al-Bukhari

Sabda Rasulullah s.a.w:
Janganlah salah seorang kamu mengharapkan kematian disebabkan kesempitan hidup yang menimpa. Jika dia rasa perlu juga mengharapkannya, maka ucapkanlah: Ya ALLAH, hidupkanlah aku selagi mana ia baik untukku dan matikanlah aku jika ia tidak baik bagiku. ~ Riwayat al-Bukhari & Muslim

Jumaat, 9 Julai 2010

boyfriend baru.. boyfriend baru...

yeah! yeah! ada minat org baru.. nama dia jasper darin eclipse.. sejak fesyan rambut dia ni bertukar, jadik hensem plak, hehe.. kalo x sblm ni rambut dia horror giler! btw, dlm twillight saga, aku suka carlisle sbnrnya sbb dia mcm matured dan bertanggungjawab. aku nka post gambar jasper jer sbnrnye.. kalo rindu, boleh tgk kt blog sendiri. poyo giler, hehe....

Rabu, 14 April 2010

OST Movie Conan

salam... huhu, akhirnya aku berjaya mendl semua ost movie conan. ada 1 hari yg indah ni, aku cek coverage celcom. skali kt alamanda strength dia power gila. so, aku pun lepaklah kt alamanda smlm lps abes exam. makan dulu, lapar.. peh tu, gi lepak kt tpt boling, memulakan kerja mendl.. tapi, kejap jer sbb aku nk tgk movie date night. kelakar giler... sakit perut aku gelak. dialog dia slumber tapi best. exam ari tu, oklah.. aku goreng byk giler. ada oral exam 24 april ni. aku rasa english aku dah berterabur giler sbb dah lama x guna pakai. tu yg aku dk tulis blog melayu ni. ada budak baru kt opis aku. kena pool jugaklah mcm biasa. kerja dia menyanyi jer spjg masa. sepenuh hati lak tu. sampai bilik operator pun dengar... ni aku listkan lagu conan ek. aku dah citer lum, aku layan citer jepun yasuko to kenji. pun lawak nk mampus gak. ops, lupa. nk listkan lagu movie conan:
  • Time-Bombed Skyscraper : Happy Birthday ~ Kyoko
  • The Fourteenth Target : Shoujo no Koro ni Madotta Mitai Ni ~ Zard
  • The last Wizard of The Century : One ~ B'z
  • Captured In Her Eyes : Anata Ga Iru Kara ~ Kuraki Mai
  • Countdown To Heaven : Always ~ Kuraki Mai
  • The Phantom of Baker Street : Everlasting ~ B'z
  • Crossroad In The Ancient Capital : Time After Time (Hana Mau Machi De) ~ Kuraki Mai
  • Magician Of The Silver Sky : Dream x Dream ~ Rina Aiuchi
  • Strategy Above The Depth : Natsu wo Matsu Seiru no Youni ~ Zard
  • The Private Eyes' Requiem : Yurugi Nai Mono Hitotsu ~ B'z
  • Jolly Roger In The Deep Azure : Nanatsu no Umi Wataru Kaze no Youni (~ Rina Aiuchi & U-ka Saegusa
  • Full Score of Fear : Tsubasa wo Hirogete ~ Zard
  • The Lost Ship In The Sky : Over Drive ~ Garnet Crow

Ahad, 4 April 2010

formula 1

fuiyo, dah lama filer aku meninggalkan zaman kegilaan formula 1 aku meaning aku mengikuti setiap race ngan perkembangannya.. masa tu, semua team aku tau, semua driver aku kenal.. point diorg pun aku sentiasa upd8.. tapi, sejak masalah aku datang melanda, aku x mengikuti perkembangannya lagi.. tapi minggu ni mcm tertengok formula 1 kt sepang.. mcm berminat balik... ni tgh layan formula 1 ler nie... smlm undi sms kt edisi 7, aku undi robert kubica. maka, hari ni aku mengharap robert kubica menang, hahaha.... tadi aku gi alamanda, mak yg nk gi sbb nk tukar apa ntah.. tapi, benda tu takde.. tapi, ada sale buku rm5 kt carrefour, aku beli 3... satu tu buku lisa scottoline... malaysia dah ada team f1 rupanya bernama lotus... maka aku akan menyokong team berkenaan.. malangnya utk race ari ni, dua2 driver sudah out... hohoho... tapi, aku tgh nk kaji satu team ni.. mercedes gp sbb kalo x silap aku ada collabaration ngan petronas. kalo betul, aku sokong jugak team tu... dulu aku suka ngan sokong fernando alonso.. tapi, since dia masuk ferrari dan aku x suka ferrari, aku x menyokong dia lagi, nges3... tetiba nk sokong kubica plak... reason x tau! huhu...
smlm ingat ada oral exam, takde pun... skang ni aku kena mengaktifkan diri kt forum plak. aku mmg malas nk melibatkan diri kt forum pun... apa lagi, nnt aku exam final kt um.. aku ingat abes exam, aku nk gi foye2 kt memana yg patut. dah tgj dah citer clash of the titan ngan how to train ur dragon. best dua2... suka aku... peh tu, skang ni aku mcm tgk AF plak.. sajer gatal.. okaylah, nk concerntrate tgk f1 ni.. nnt aku merepek lagi... meh la, aku nk letak team ngan driver utk formula1 season ni, sajer utk peringatan diri sendiri.
  • ferrari : felippe massa & fernando alonso
  • mercedes gp : michael schumacher & nico rosberg
  • mclaren mercedes : lewis hamilton & jenson button
  • renault : robert kubica & vitaly petrov
  • red bull : sebastian vettel & mark webber
  • force india : andrian sutil & vitantonio liuzzi
  • williams : ruben barichello & nico hulkenberg
  • toro rosso : sebastian buemi & jaime alguersuari
  • bmw sauber : pedro de la rosa & kamui kobayashi
  • lotus : heikki kovalainen & jarno trulli
  • hrt : karun chandhok & bruno senna
  • virgin : timo glock & lucas di grassi

x kenal & kenal

Jumaat, 2 April 2010

apa yang berlaku...

skang aku tgh bertungkus-lumus menyiapkan assignment terakhir sem in, english for oral. actually, semua orang dah submit last week, aku jer x for the obvious reason... x maujud lagi assignment tu.. lecturer suruhu pos, tapi mcm x de mood nk buat.. peh tu, dok tgk movie kl drift 2 ngan clash of the titans... main bowling mcm biasa.. kereta x leh start kt shell presint 8. alhamdulillah x kena tepi jalan. blur x tau nk buat apa. ada org sarankan call insurans. nasib baik le ada pelekat insurans tu kt cermin kereta... org datang, bateri kong... sambil2 nunggu org dtg, call abah, abg ain ngan awed... esok ada oral exam gak... semalam ngan ari ni ada kursus EIS kt JPA. x der idea nk buat assignment ni.. x de mood pun, tapi terpaksa gak buat sbb esok kena hantar... giler menyampah ngan celcom. lembab nk mampus... bayar jer mahal... tgklah betapa lama aku sabar ngan celcom ni.. terminate jer lagi bagus... esok ingat nk tgk citer how to train ur dragon. for the first time, aku abe baca buku john grisham.. sblm ni ada baca, tapi lompat2.. baca sbb dan tepu baca romance... byk beli buku bahasa melayu; aku terima nikahnya, cinta sampai ke syurga, psikologi and quran sains.. x tau biler nk start baca. ada gak buku why men love sex and women need love. easy peasey pun aku x abis lagi. aduhai idea, datanglah... assignment ni lecehlah... malas nk gi kursus induksi gak.. apa yg berkaitan ngan imigresen, semua x tau sejak kerja kt hr ni... wargh, tertekan betul.. makan ubat mcm biasa. tapi still rasa depressed... psikolah aku ni... hah tickle skang dah jadik testq... besok besday yah... tu jer kot citer x teratur ni...

Ahad, 28 Mac 2010

berkurun lama...

wah.. wah.. wah.. berkurun lama aku x gi foye2, ari ni aku gi foye2 jugak akhirnya... eh, tapi mlm gaji tu dah gi berfoye2 dah pun ngan azu. masa tu gi main bowling, peh tu gi karaoke. tadi gi bowling, peh tu gi tgk wayang citer alice in wonderland... yg bestnya, x pernah2 main boling cecah 80, tup2 dapat 140 plak. biler nk print markah sbg bukti, printer kt tpt boling tu plak rosak.. nasib badan.. lagi satu, asssignment yg ku anggap sgt horror, dpt ok! alhamdulillah.. tgh tunggu nasib assignment horror lagi 2 plak ni! 1 lagi tu x buat lagi pun, huhu.. oklah, sampai sini jer dulu, nnt kalo ter'rajin' nk mem'blog', aku coretkan lagi...

Selasa, 9 Februari 2010

sajer jer...

salam...

wargh, dah lama giler bapak ler x menulis blog ni. ni tulis pun sbb dah boring ngan takda kerja sangat kt opis ni. takde kerja sbb JPA n KDN suruh stopkan dulu kerja2 HRMIS yg berkaitan aliran kerja ngan data perjawatan sbb nk betulkan balik semua data perjawatan ikut waran baru. waran baru ni ada fleksi, kira mcm kongsi gred aar... so, HRMIS skang ni tumpukan pada data peribadi, data sejarah cuti ngan profil perkhidmatan. memandangkan mcm dah lengkap semua benda2 tu, kerja yg ada skang just mengesahkan rekod peribadi ngan melayan aduan2 yang dibuat. en zack ngan kak maz takde, gi jaga exam kt s'wak ngan johor. tinggal aku ngan azzu jer.

minggu lepas aku gi amek exam GO (Genaral Order). fuh, mencabar gaklah soalan dia. aku baca sekali lalu jer. peh tu, aku mmg x tau langsung nk tagging mcm mana buku GO yg tebal tu. last2, aku tagging ikut bab je, A-G, hehe... masa menjawab tu, byk gilerlah x yakin. semua pun bulat2, sbb boleh cek bukukan. yg kompem adalah dlm 10 soalan jer. tgh sibuk2 menyemak buku, tgk dam dah kul 10 dah. exam sejam jer, 9.30 - 10.30... apa lagi menggelabahlah sbb x hitamkan lagi dlm kertas objektif. membabar2 hitamkan ngan lubang yg sgt byk. peh tu, semak buku balik. alhamdulillah sempat semak kebanyakan. adalah dlm 5 soalan x sempat cek. so, tawakkal jerlah.