Khamis, 19 Ogos 2010

wargh, ketensenan melanda...

salam, tensen datang melanda lagi! banyak sebablah sebenarnya yang membuat aku tensen. ari ni aku buat kerja melagho ngan mengupd8 blog. peh tu, phone aku kt kilang lagi. yg aku tensen, no semua hilang. kenalah minta balik no kt family and friends. tahun ni juga aku x bersemangat utk raya. sbb masih belum dapat dikenalpasti. kena gi kursus induksi balik after raya. harap kali ni oklah sbb yg lepas tu mmg penuh ngan kenangan pahit. kenangan yg kalo boleh nk kulupuskan dari kotak memori. pernah tgk citer eternal sunshine on the spotless mind x? hah, aku nk bt mcm tulah, hilangkan memori. byk sbnrnye memori yg nk aku lupuskan kalo boleh, apakan daya, aku tiada dayanya.

aku baru abes tgk citer jepun, binbo no danshi, oguri shun yg hensen lagi kakkoi berlakon. lawak citer dia. tapi, aku kagum ngan kegigihan dia. aku rasa kt jepun mmg dah biasa dengan istilah baito (kerja part time). ke kt m'sia pun mmg dah biasa, aku jer yg x pernah buat. aku nk buat sbnrnye, nk tambah pendapatan. tapi (biasalah akukan seorang manusia yg hidup beralasan), aku x tau nk kerja yg camner. nk kerja kt fast food, boleh ke aku ni handle customer masa amek order, al-maklumlah, akukan ada masalah kesabaran. kena pegi anger management sbnrnye aku ni. byk jugak sifat buruk aku ek... aku ingat kalau yepun aku nk kerja part time, aku nk kerja kt kedai buku. tapi, kedai buku ada ke nk hire part time.

tapikan, biler pikir2 balik, aku ni kira beruntung gak. ramai lagi org yg susah kt luar sana. lepas tu aku pun terpikir, kenapa aku jahat sangat, asyik mengeluh jer. aku bersyukur dengan apa yang aku ada tapi kadang2 x dpt nafikan yg aku nk lebih. terukkan aku... ni mesti akan menjadi salah satu entry yg biler aku baca pada masa akan datang, aku x sangka aku yg tulis. nampak sangat entry ni ditulis di saat emosi yg x stabil. tapi, bilanye yg emosi aku nk stabil. asyik terumbang-ambing jer. akukan benci gak diri sendiri sbb rasa aku asyik merungut je, x de tindakan yang diambil. cukup sudah sampai di sini, hingga kita berjumpa lagi!

Isnin, 16 Ogos 2010

Mengharapkan Kematian

Sabda Rasulullah s.a.w:
Janganlah salah seorang antara kamumengharapkan kematian dan janganlah memintanya sebelum ia datang kepada seseorang. Sesungguhnya apabila mati salah seorang kamu, terputuslah amalannya. Tidak bertambah umur seseorang mukmin itu melainkan padanya ada kebaikan. ~ Riwayat Muslim

Sabda Rasulullah s.a.w:
Janganlah salah seorang antara kamu mengharapkan kematian. JIka dia telah melakukan kebaikan, maka dia masih ada masa menambah amalannya. Jika dia telah melakukan kejahatan, maka dia masih ada masa untuk bertaubat kepada ALLAH dan menghentikan amalan itu. ~ Riwayat al-Bukhari

Sabda Rasulullah s.a.w:
Janganlah salah seorang kamu mengharapkan kematian disebabkan kesempitan hidup yang menimpa. Jika dia rasa perlu juga mengharapkannya, maka ucapkanlah: Ya ALLAH, hidupkanlah aku selagi mana ia baik untukku dan matikanlah aku jika ia tidak baik bagiku. ~ Riwayat al-Bukhari & Muslim