salam, selamat menyambut maulidur rasul a.k.a hari keputeraan junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w. ingat dulu masa kecik2, selalu nyanyi nasyid ni :
Tercipta satu lembaran sejarah
di tanah suci kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
bermulalah sebuah kisah
Malam Isnin subuh yang indah
12 Rabi'ulawal yang cerah
20 April Tahun Gajah
Lahirlah zuriat yang syahadah
Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama
Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti
Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia
lepas tu, kalau masulidur rasul je, mesti ada sambutan kat masjid2. masa ni suka sangat sebab dapat makan dalam dulang. rasanya mmg betullah makan dalam dulang ni boleh merapatkan silaturrahim especially kalau makan dengan orang yang x kenal, bukan makan sedulang ngan family or kawan2 yg dah kenal. sekali lagi, selamat menyambut hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w.