Sabtu, 30 Ogos 2008

Doa Ramadhan

Doa hari – 1
Yaa Allah! Jadikanlah puasaku sebagai puasa orang-orang yang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku sebagai ibadah orang-orang yang benar-benar melakukan ibadah malam. Dan jagalah aku dari tidurnya orang-orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku. Wahai Tuhan sekalian alam!! Ampunilah aku, Wahai Pengampun para pembuat dosa.


Doa hari – 2
Yaa Allah! Dekatkanlah aku kepada keridloan-MU dan jauhkanlah aku dari kemurkaan serta alasan-MU. Berilah aku kemampuan untuk membaca ayat-ayat-MU dengan rahmat-MU, Wahai Maha Pengasih dari semua Pengasih!!


Doa hari – 3
Yaa Allah! Berikanlah aku rezeki akal dan kewaspadaan. dan jauhkanlah aku dari kebodohan dan kesesatan. Sediakanlah bahagian untukku dari segala kebaikan yang KAU turunkan, demi kemurahan-MU, Wahai dzat Yang Maha Dermawan dari semua dermawan!

Doa hari – 4
Yaa Allah! Berikanlah kekuatan kepadaku, untuk menegakkan perintah-perintah-MU, dan berilah aku manisnya bendzikir mengingat-MU. Berilah aku kekuatan untuk menunaikan syukur kepada-MU, dengan kemuliaan- MU. Dan jagalah aku dengan penjagaan-MU dan perlindungan-MU, Wahai dzat Yang Maha Melihat.


Doa hari – 5
Yaa Allah! Jadikanlah aku diantara orang-orang yang memohon ampunan, dan jadikanlah aku sebagai hamba-MU yang sholeh dan setia serta jadikanlah aku diantara Auliya'- MU yang dekat disisi-MU, dengan kelembutan-MU, Wahai dzat Yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.



Doa hari – 6
Yaa Allah! Janganlah Engkau hinakan aku karena perbuatan maksiat terhadap-MU, dan janganlah Engkau pukul aku dengan cambuk balasan-MU. Jauhkanlah aku dari hal-hal yang dapat menyebabkan kemurkaan-MU, dengan anugerah dan bantuan-MU, Wahai puncak keinginan orangorang yang berkeinginan!


Doa hari – 7
Yaa Allah! Bantulah aku untuk melaksanakan puasanya, dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku dari kelalaian dan dosa-dosanya. Dan berikanlah aku dzikir berupa dzikir mengingat-MU secara berkesinambungan, dengan Taufiq- MU, Wahai Pemberi Petunjuk orang-orang yang sesat.


Doa hari – 8
Yaa Allah! Berilah aku rezeki berupa kasih sayang tenhadap anak-anak yatim dan pemberian makan, serta penyebaran salam, dan pergaulan dengan orang-orang mulia, dengan kemuliaan-MU, Wahai tempat berlindung bagi orang-onang yang berharap.


Doa hari – 9
Yaa Allah! Sediakanlah untukku sebagian dri rahmat-MU yang luas, dan berikanlah aku petunjuk kepada ajaran- ajaran-MU yang terang, dan bimbinglah aku menuju kepada kerelaan-MU yang penuh dengan kecintaan-MU, Wahai harapan orang-orang yang rindu.


Doa hari – 10
Yaa Allah! Jadikanlah aku diantara orang-orang yang bertawakkal kepada-Mu, dan jadikanlah aku diantara orang- orang yang menang disisi-MU, dan jadikanlah aku diantara orang-orang yang dekat kepada-MU dengan ihsan-MIU, Wahai Tujuan orang-orang yang memohon.



Doa hari – 11
Yaa Allah! Tanamkanlah dalam diriku kecintaan kepada perbuatan baik, dan tanamkanlah dalam diriku kebencian terhadap kemaksiatan dan kefasikan. Jauhkanlah dariku kemurkaan-MU dan api neraka dengan pertolongan-MU, Wahai Penolong orang-orang yang meminta pertolongan.


Doa hari – 12
Yaa Allah! Hiasilah diriku dengan penutup dan kesucian. Tutupilah diriku dengan pakaian qana'ah dan kerelaan. Tempatkanlah aku di atas jalan keadilan dan sikap tulus. Amankanlah diriku dari setiap yang aku takuti dengan penjagaan-MU, Wahai penjaga orang-orang yang takut.


Doa hari – 13
Yaa Allah! Sucikanlah diriku dari kekotoran dan kejelekan. Berilah kesabaran padaku untuk menenima segala ketentuan. Dan berilah kemampuan kepadaku untuk bertaqwa, dan bergaul dengan orang-orang yang baik dengan bantuan-MU,Wahai Dambaan orang-orang miskin.


Doa hari – 14
Yaa Allah! Janganlah Engkau hukum aku, karena kekeliruan yang kulakukan. Dan ampunilah aku dari kesalahan-kesalahan dan kebodohan. Janganlah Engkau jadikan diriku sebagai sasaran bala' dan malapetaka dengan kemualian-MU, Wahai Kemulian kaum Muslimin.


Doa hari – 15
Yaa Allah! Berilah aku rizki berupa ketaatan orang-orang yang khusyu'. Dan lapangkanlah dadaku dengan taubatnya orang-orang yang menyesal, dengan keamanan-MU, Wahai Keamanan untuk orang-orang yang takut.


Doa hari - 16
Yaa Allah! Berilah aku kemampuan untuk hidup sebagaimana kehidupan orang-orang yang baik. Dan jauhkanlah aku dari kehidupan bersama orang-orang yang jahat. Dan naungilah aku dengan rahmat-MU hingga sampai kepada alam akhirat. Demi ketuhanan-MU Wahai Tuhan seru sekalian alam.


Doa hari – 17
Yaa Allah! Tunjukkanlah aku kepada amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita-ku. Wahai Yang Maha Mengetahui keperluan, tanpa pengungkapan permohonan. Wahai Yang Maha
Mengetahui segala yang ada di dalam hati seluruh isi alam. Sholawat atas Mohammad dan keluarganya yang suci.


Doa hari – 18
Yaa Allah! Sadarkanlah aku akan berkah-berkah yang terdapat di saat saharnya. Dan sinarilah hatiku dengan terang cahayanya dan bimbinglah aku dan seluruh anggota tubuhku untuk dapat mengikuti ajaran-ajarannya, Demi cahaya-Mu Wahai Penerang hati para arifin.


Doa hari – 19
Yaa Allah! Penuhilah bahagianku dengan berkah-berkahnya, dan mudahkanlah jalanku menuju kebaikan-kebaikannya. Janganlah Kau jauhkan aku dari keterimaan kebaikan- kebaikannya, Wahai Pemberi petunjuk kepada kebenaran yang terang.


Doa hari – 20
Yaa Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pintu sorga dan tutupkanlah bagiku pintu-pintu neraka, dan berikanlah kemampuan padaku untuk membaca AI-Quran Wahai Penurun ketenangan di dalam hati orang-orang Mu'min.



Doa hari – 21
Yaa Allah! berilah aku petunjuk menuju kepada keredhaan- MU. Dan janganlah Engkau beri jalan kepada setan untuk menguasaiku. Jadikanlah sorga bagiku sebagai tempat tinggal dan peristirahatan, Wahai Pemenuh keperluan orang- orang yang meminta.


Doa hari – 22
Yaa Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pintu kurnia-MU, turunkan untukku berkah-berkahmu. Berilah kemampuan untukku kepada penyebab-penyebab keridloan-MU, dan tempatkanlah aku di dalam syurga-MU yang luas, Wahai Penjawab doa orang-orang yang dalam kesempitan.


Doa hari – 23
Yaa Allah! Sucikanlah aku dari dosa-dosa, dan bersihkanlah diriku dari segala aib. Tanamkanlah
ketaqwaan di dalam hatiku, Wahai Penghapus kesalahan onang-orang yang berdosa.


Doa hari – 24
Yaa Allah! Aku memohon kepada-MU hal-hal yang mendatangkan keridloan-MU, dan aku berlindung dengan-MU dan hal-hal yang mendatangkan kemarahan-MU, dan aku memohon kepada-MU kemampuan untuk mentaati-MU serta menghindari kemaksiatan tenhadap-MU, Wahai Pemberi para peminta.


Doa hari – 25
Yaa Allah! Jadikanlah aku orang-orang yang mencintai Auliya-MU dan memusuhi musuh-musuh MU. Jadikanlah aku pengikut sunnah-sunnah penutup Nabi-MU, Wahai Penjaga hati para Nabi.



Doa hari – 26
Yaa Allah! Jadikanlah usahaku sebagai usaha yang disyukuri, dan dosa-dosaku diampuni, amal perbuatanku diterima, dan seluruh aibku ditutupi, Wahai Maha Pendengar dan semua yang mendengar.


Doa hari – 27
Yaa Allah! Rezekikanlah kepadaku keutamaan Lailatul Qadr, dan ubahlah perkara-perkaraku yang sulit menjadi mudah. Terimalah permintaan maafku, dan hapuskanlah dosa dan kesalahanku, Wahai Yang Maha Penyayang terhadap hamba-hambanya yang soleh.


Doa hari – 28
Yaa Allah! Penuhkanlah hidupku dengan amalan-amalan Sunnah, dan muliakanlah aku dengan terkabulnya semua permintaan. Dekatkanlah perantaraanku kepada-MU diantara semua perantara, Wahai Yang tidak tersibukkan oleh permintaan orang-orang yang meminta.


Doa hari – 29
Yaa Allah! Liputilah aku dengan rahmat dan berikanlah kepadaku Taufiq dan penjagaan. Sucikanlah hatiku dan noda-noda fitnah wahai pengasih terhadap hamba-hambaNYA yang Mu'min.


Doa hari – 30
Yaa Allah! Jadikanlah puasaku disertai dengan syukur dan penerima di atas jalan keredhaan-MU dan keredhaan Rasul. Cabang-cabangnya kukuh dan kuat berkat pokok-pokoknya, Demi kenabian Muhammad dan keluarganya yang suci, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Jumaat, 29 Ogos 2008

Mengapa WANITA sangat Istimewa...

Baca sampai habis ye...


Mengapa WANITA sangat Istimewa...

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata, "I letih la... Dah lewat ni, I nak tido lah..." Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas. Leceh pulak nanti. Dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink. Rendam lepas makan tadi, basuh jap, susun pinggan kat rak, lap dapur, terpercik kena sambal masa masak. Tadi, check air panas dalam flusk. Takut habis pulak nanti malam anak nak susu. Memang dah kering pun flusk ni, jerang la air.

Sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong. Salin la gula, check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok. Nasib baik ade lagi. Ishh, ni lauk bila ni, semalam. Dah beku dah. Basuh la kejap. Pergi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh. Penat dah ni, besok je la basuh, sidai kain lap je lah. Tik, bunyi air dah masak. Salin air dalam flusk. Ok, settle. Baru teringat tak solat lagi.

On the way nak pergi bilik, papa tgk tv lagi. Nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska, check. Baju 2 pasang, towel, towel kecik utk selsama, calamine lotion untuk sapu ruam, pampers 4 keping. Alamak, terlupa pulak masukkan botol! Basuh botol jap. Ok, settle! Ternampak pulak beg pergi kerja. Ermm, besok nak pakai beg polo coklat lah, asyik2 pakai beg hitam ni je. Salin jap barang2 gi beg coklat. Cek semua 6 poket beg, takut la tetinggal apa2. Leceh pulak, selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti. Hishhh sempit la beg ni, hangin je! Nak kena beli ni beg baru. Rasenya 25 hb ni ,SOGO sale nih! Mana flyers tadi ek?! Hah, ni die! Okay, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa. Okay, settle!

Tetiba dengar suara papa,"U buat apa lagi tu tadi? Kata nak tido!" "Yelah nak tido la ni, nak solat jap!" Masuk toilet, buat apa2 yang patut. Cuci muka dulu, 2 jenis lak tu! Adoi, gosok gigi, solat, pakai toner, pakai treatment cream, nak lawa and maintain punya pasal lah ni! Nanti orang kata baru anak satu dah macam anak pulak, huhuhuh~~ Buka almari, ermm... Pakai baju hijau ni lah besok, gosok kejap. Check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni.

Kat bilik belakang. Lah, kenapa komputer ni tak tutup ni?! Gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah. Iskh, pegi dapur, basuh, sambung gosok baju, gantung elok2, kemaskan baju gantung2, masukkan seluar papa yan dah kotor dalam tempat kotor, ok settle. Dengar suara papa lagi, "I dah ngantuk ni!" Dalam pada nak masuk ke bilik, owh! Pokok aku dah nak mati ni hah! Lupa dah 3 hari tak siram. Ok, siram jap. Check jap pintu ni, sah tak kunci lagi. Grill pun tak tutup. Ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku.

Bukak lampu luar. Ni mainan ni sepah2, masukkan la dalam bakul mainan budak. Ni, banyaknya, sampai bawah meja makan pun ade, adoi! Ok dah ! Ok dah boleh baring. Adoi, sakitnya pinggang! Cium si comel ni kejap, selimutkan dia. Lah, kenapa basah ni?! Ermm, tukar la pampers ni. Tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la. Nanti pegi SOGO 25 hb ni beli la skali. Ok sayang, tido kay! Kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh. Tido sampai pagi kay... Gud nite... Sweet dreams...

Aahh, sedapnya dapat baring... Mana pulak lotion sapu kurus aku nih?! Hah, ni dia! Sambil sapu lotion kurus, setkan alarm, setkan program kerja besok. Pagi pukul 9.30 ade meeting. Ahh, boring! Panas pulak lotion nih, dah la... Ermm, sedapnya lelapkan mata. Ya Allah, terima kasih untuk rezekiMU hari ini. Mohon keberkatan dari-Mu Tuhan. Papa pun bangun tutup TV,"I dah ngantuk sangat ni. Nak tido lah, citer pun tak best malam ni, bola pun takde!" Selang seminit, lelap diulit mimpi! Itulah bezanya wanita dan lelaki....

#kopipes

Khamis, 28 Ogos 2008

Muhasabah Diri

salam...

tetiba jer aku nk memilih topik muhasabah diri kali ni! kalo kt skolah dulu, muhasabah diri ni selalu dibuat waktu qiamulail! biler dah nama qiamulail @ bangun malam tu, time muhasabah diri, ramailah yang terlebih khusyu' dan tawadhu'... hehe, maknanya terlebih tu, hanyut di alam mimpi ler tue dan aku tak terkecuali! itu pun kira baik aku join qiamulail tu! masa skolah dulu, aku selalu jer escape qiamulail! bukan setakat kt skolah, sampai kat universiti pun aku escape! terukkan aku ni! kalau ajak pegi tengok wayang ke, makan2 ke, laju jer aku pergi! tak payah nk diajak 2-3 kali! kalau qiamulail tu, selagi tak dikerah sehabisnya, tak pegilah jawabnya!

berbalik kita kepada topik asal tadi iaitu muhasabah diri! memandangkan ari ni, ari khamis, malam jumaat, aku pun secara tetiba amek topik ni untuk diutarakan! sbnrnye, smlm aku baru lepas gaduh ngan mak aku pasal benda ni! hehe, si tanggang betul aku ni ek! nau'zubillah! tak maulah jadik tanggang! tapi, dipendekkan citer aku gaduh mulut ngan mak aku pasal muhasabah diri ni! kitaorang gaduh sbb benda kecik jer pun! mak aku tak kasik aku naik kl! maka aku suruh aku duduk kat rumah! aku jadik bengang sebab terasa mcm diperbudak2kan walaupun umur dah nk masuk 26 tahun! nk balik umah sewa sendiri pun kena larang, mana tak aku naik angin! ye aar, tapi aku tak patutlah cakap kasar ngan mak aku! masalah aku ni, aku mmg senang sket naik marah, tak kiralah dengan sesaper pun! sbb tu dulu, aku dilabel sebagai pelajar kurang ajar oleh beberapa orang guru! sampai skang ni pun, ramai orang label aku sebegitu. aku x boleh aar, aku mmg sebegini, refleks! kalo orang tu cakap dlm nada yg tinggi, aku mesti terbalas nada yg tinggi juga, begitu aaar sebalikya! tapi, dlm kes ni, salah akulahkan! sbb dgn ibubapa mana boleh meninggikan suara, huhu~~

masa aku gaduh mulut ngan mak aku tu, mak aku suruh aku muhasabah diri, hehe... aku plak jawab, aku dah selalu dah muhasabah diri! suka-suki jer aku menjawab mak aku kan! jahatkan aku ni! masalahnya mmg aku selalu muhasabah diri pun, mungkin orang x perasan sbb aku selalu muhasabah sblm tido! ye aar, manalah tau tetiba ajal aku masa aku tgh tido... kita bukan tahu biler kita akan meninggal dunia, betul tak?! aku bersyukur dengan didikan sorang ustazah aku di sekolah menengah. dia ajar, tiap kali sblm tido, baca doa tido dan ngucap 2 kali syahadah! insyaAllah, kalau mengucap ikhlas, kalo meninggal dalam tido pun, meninggal dalam iman! ooh yer, aku dah ingat dah nama ustazah tu! nama dia ustazah maznah! dia antara salah seorang guru yang label aku kurang ajar, hehe... reason dia aku pun lupa! tapi aku rasa aku kurang ajar ngan dia sbb dia pilih kasih antara pelajar biasa dgn pengawas kot! almaklumlah dia adalah salah seorang warden asrama merangkap guru pengawas...

cakap pasal muhasabah diri sblm tido, aku selalu mohon keampunan kepada Allah atas dosa2 yang aku lakukan esp yg disebabkan mulutaku yang takde insuran ni! mulut aku ni mmg jahat tau! kadang2 aku x nk cakap, tapi akan terlepas jugak keluar! betullah kata pepatah, mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia... pepaham sendirilah! tapi, sampai skang aku masih mencuba utk mengubah perangai aku yang suka cakap lepas ni! ye aar, lps muhasabah, kenalah amek tindakan utk berubahkan! takkan aaar masih nk kekal di takuk lama! tak gunalah muhasabah kalau mcm tu! tapi aku rasa, mulut aku dah baik sket kot dibandingkan masa aku remaja dahulu! dulu, abes semua orang aku sembur! adegan yang aku x leh lupakan, aku sembur pegawai kerajaan kat Jabatan Pendaftaran Negara(JPN). masa tu aku baru f5, tapi aku sembur sampai pegawai tu cakap, "maaf dik, itu bukan kami buat!" sambil mengangkat tangan! haha, ganas x aku! ms aku f5 umur aku baru 16 tahun, tapi aku dah sembur dengan ganas! skang, aku plak ditakdirkan utk kerja sbg seorang pegawai kerajaan! aku rasa balasan aku sembur brader tu aaar aku terpaksa berkhidmat dengan senyuman, hehehe...

okay aar, kesimpulannya, kita perlu muhasabah diri kita dahulu sebelum kita boleh menghakimi orang lain! ye aaar, manusia ni kesalahan orang nampak walaupun sekecil zarah, tapi kesalahan sendiri, kadangkalah sebesar dinosaur pun kita tak nampak! kalau kekadang kita rasa orang, dunia, kehidupan tak adil terhadap kita, cubalah kita nilai diri kita kembali! jangan asyik nk menunding jari ke arah orang lain! kadangkala kesilapan tu berpunca dari diri kita sendiri.

"Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat dilautan hidup ini."

Isnin, 25 Ogos 2008

Petua Imam Syafi'e

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas


Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam


Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih


Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat


Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama


Empat cara tidur
1. TIDUR PARA NABI : Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH : Miring ke sebelah kanan untukmemudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA : Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN : Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka..

Jumaat, 22 Ogos 2008

merdeka

salam...

tak lama lagi, pada tanggal 31 ogos 2008, negara kita malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaanny yang ke 51... sebagai seorang rakyat malaysia, sudah pasti kita akan rasa seronok dan gembira untuk menyambutnya! tapi, apakah kita benar-benar faham dan mengerti makna kemerdekaan tersebut? uish, apahal ayat aku formal gile nie?! mcm nk buat karangan periksa jer! okay aaar, pembuka bicara jer agak formal... mari kita kembali ke topik asal dengan bahasa yang lebih santai. sekian, harap maklum, huhu~~

okaylah, aku pun seorang rakyat malaysia yang dilahirkan sesudah merdeka, untuk kiraan lebih tepat, aku dilahirkan selepas negara menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke-26... ye aaar, aku lahir 29 januari 1983, kita merdeka 31 ogos 1957. so, 26 tahunlah kan... uish sudah hampir sebaya dengan umur aku. umur aku skang 25 nk masuk 26... erm, melalut plak! mari kita kembali ke topik asal (mcm pernah dengar @ baca jer ayat nie, hehe...). memandangkan aku anak yang dilahirkan sesudah merdeka, aku tidak dapat memahami erti kemerdekaan sepenuhnye! yelah, aku lahir2 dah merdeka. jadi, aku tak pernah rasa mcm mana dijajah oleh bangsa lain. arwah atuk, nenek, abah, mak, pakcik2 ngan makcik2 aku yang lahir sblm '57 dapat melalui zaman keperitan tu.

kadang2, dirang selalu citer kt kitaorg (aku + adik-beradik aku) tentang pahit maung dijajah oleh bangsa lain! makan pun cukup makan jer. kais pagi makan pagi, kais petang, makan petang! hiburan mcm tv, wayang smeua memang takdelah! tak macam generasi zaman sekarang! makan, minum, pakai semua mewah! bebudak skolah renda, malahan bebudak tadika pun dah pakai handphone! dulu, nak ada telefon pun susah! tu yang aku sendiri pelik dengan generasi muda zaman sekarang (cara aku cakap ni, mcm aku bukan generasi mude jer, hehe...)! tak pernah tahu nk bersyukur...

kekadang bukan generasi muda (golongan belasan tahun dan 20-an), generasi yang tua sket pu tak tau bersyukur! contoh senang aku bagi, generasi yang sibuk2 nk jadik pemimpin skang ni! yang gaduh pasal benda yang remeh-temeh! buat malu negara jer, huhu~~ gaduh pasal tanah lah, minyaklah, subsidilah dan seumpama dengannya! meh sini aku bagi penyelesaian mudah utk isu2 yang utarakan tadi! tanah?! tak cukup tanah?! masa mati nanti, semua orang dapat tanah a.k.a tanah kubur! takyahlah nk rebut2 mcm budak x sekolah! minyak?! di mana ada kemahuan, di situ ada jalan! pasal benda ni, aku nk pernah citer sebelum ni! subsidi?! manja betullah rakyat malaysia ni! semua pun nk subsisdi, mana boleh jadik! usaha sendiri tanpa subsidi x boleh ke?! kalau rakyat negara lain boleh hidup tanpa subsidi, takkan rakyat malaysia yang selalu gah dengan slogan MALAYSIA BOLEH, x boleh kot! masalah lain, fikirkanlah sendiri penyelesaiannya! kata nk jadik pemimpin, takkan orang yang mereng mcm aku ni kot yang kena pikirkan, ahaks! ~_^

berbalik kita kepada erti kemerdekaan yang sebenar! walaupun aku ni generasi slps merdeka, aku tau sedikit sebanyak mengenai merdeka ni dengan mempelajarinya melalui subjek sejarah pasa zaman persekolahan dahulu! walaupun aku x suka subjek ni, tapi aku still cuba untuk memahami perjuangan dan pengorbanan para pemimpin terdahulu! masa PMR, aku pilih DATO' ONN JAAFAR sbg tokoh sejarah aku untuk projek KST (Kajian Sejarah Tempatan). masa ni aku mmg gigih cari bahan rujukan dan KST aku kira antara yang tebal jugaklah! setelah membaca dan mendalami citer Dato' Onn ni, aku mula faham tentang perjuangan mereka (pemimpin2 terdahulu) untuk membebaskan negara dari cengkaman @ jajahan bangsa asing. daripada aku x minat sejarah, dengan membuat projek KST ni, terus aku minat sejarah dan alhamdulillah thesis aku dapat cemerlang! tapi cemerlang tu blakang citer aaar! yg best, aku dapat tahu citer pasal pahit maung orang2 terdahulu untuk maecapai kemerdekaan.

berbalik kita ke zaman sekarang! kadan2, aku sedih tengok anak muda zaman skang ni! esp anak muda yang jadik mat rempit, mat pit, minah2 bohsia, bohjan, mak nyah dan seumpama dengannye lah! aku tak tau nk salahkan siapa biler tgk diorang! tu yang dah tahap kronik lah tu! yang tak kronik, mereka2 yang suka melepak tanpa arah tujuan kt tgh2 bandaraya, yang berkepit sana berkepit sini tanpa hubungan yang sah, yang terlampau mengaungkan budaya negara luar dan mcm2 lagilah! kalo nk aku listkan, sampai esok pun tak abes agaknya! ntah aaar, aku takdelah kata akku baik! aku jahat jugak! kekadang akku pun melepak gak! yelah, kata orang muda... manalah boleh duduk terperap jer kat rumah, belajar atau kerja 24 jam! sekali-sekala kenalah jugak buat aktiviti2 riadah mcm tu untuk menghilangkan tensen! tapi, lepak yang aku maksudkan ini, ialah lepak yang tak memberi sebarang hasil positif kepada pelaku2nya!

tu belum aku citer yang pegi beronggeng kat kelab malam lagi tu! aku kadang2 pelik tau! mak bapak diorang tak kesah ke anak dia pegi mana?! aku ni hah, pantang hilang kejap, kompem telepon aku akan berbunyi, parents or family members aku call, tanya lokasi aku kat mana! sampai aku 25 tahun ni pun, diorg still pantau aku! walaupun kekadang aku rimas kerana diperlakukan seperti kanak2 x cukup umur (walaupun dah terlebih umur sbnrnye), aku bersyukur kerana diorang amek berat pasal aku! dlm case bebudak melepak, merayau, merempit tak tentu pasal ni, kekadang ada silap dari ibu bapa juga! erm, ntah aaar! nk komen lelebih nanti ada orang kata aku mcm bagus plak! tepuk dada, tanyalah selera @ iman.

kesimpulannya, walaupun kita sudah hampir menyambut hari kemerdekaan yang ke-51, mindah kita masih dijajah oleh budaya2 asing! maka, kita kenalah sedara dan berubah untuk menjamin kemerdekaan yang kita kecapi ini akan berkekalan! janganlah kita terlalu gembira sehingga lupa yang kegembiraan itu mungkin tidak akan berkekalan @ bertahan lama! kita kenalah sediakan payung sebelum hujan. manusia yang sentiasa bersyulur, beringat & merendah diri disayangi Allah s.w.t. Sambutlah hari kemerdekaan ini dengan cara yang betul dan diredhai. sekian, terima kasih. Dunia ini umpama lautan yg luas.

"Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat dilautan hidup ini."

Sabtu, 16 Ogos 2008

Kenali Nabi Muhammad s.a.w.

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan orang ulama Yahudi yangpada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkankeislamandan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :-
  • Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah
  • Aku melihat cahaya dari lidahnya
  • Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit
  • Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan
  • Rasulullah umpama matahari yang bersinar
  • Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
  • Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama
  • Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona
  • Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat
  • Wajahnya seperti bulan purnama
  • Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya
  • Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah
  • Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang
  • Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut
  • Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya
  • Mulut baginda sederhana luas dan cantik
  • Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan
  • Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya
  • Janggutnya penuh dan tebal menawan
  • Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca
  • Warna lehernya putih seperti perak sangat indah
  • Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya
  • Rambutnya sedikit ikal
  • Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi
  • Rambutnya terbelah di tengah
  • Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat
  • Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa
  • Seimbang antara kedua bahunya
  • Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik
  • Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut
  • Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik
  • Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air
  • Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya
  • Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.-
  • Warna putihnya lebih banyak
  • Warna kulit baginda putih kemerah-merahan
  • Warna kulitnya putih tapi sihat
  • Kulitnya putih lagi bercahaya
  • Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh
  • Badannya tidak gemuk
  • Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.- Perutnya tidak buncit
  • Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka
KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Semulia-mulia insan di dunia untuk mengingatkan kita...


Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.


Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahaianakku?""Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagianwajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka,para malaikat telah menanti ruhmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masihpenuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?""Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka."Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?"

Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi."Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kakidan dadanya sudah tidak bergerak lagi.Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis-shalaati, wa maa malakat aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan,sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Alikembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allaahummasholli 'alaa Muhammad wa baarik wa sallim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.


Nota Kaki:



Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untukmencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita.Karena sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...


"Usah gelisah apabila dibenci manusia karena masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenciAllah karena tiada lagi yang mengasihmu di akhirat."

Khamis, 14 Ogos 2008

persahabatan

salam... tetiba terasa nak merepek kt sini plak! tadi merepek kt english blog pasal kenangan masa kanak2 dulu! skang ni nk merepek pasal persahabatan plak! hmmm, apa yg ku fahami dengan erti sahabat ini?! erm.. erm.. sahabat tu kawan lah kan dlm kata lain teman, friends, freunden, tomodachi etc etc... haha, baik takyah buat explaination.. semua pun aku translate bahasa lain! okay, secara terus terang, bagi aku sahabat adalah seseorang yg sentiasa menemani kita di dalam susah dan senang dan biasanya tak mempunyai hubungan kekeluargaan! walaupun kadang-kala ada juga kes, keluarga itu sahabat! contoh seseorang itu menganggap ibu bapa atau adik-beradiknya sebagai sahabat.

bagi aku sahabat itu lebih dalam maknanya apabila dibandingkan dengan kawan. kira up sket aaar dari kawan. contoh kita mungkin ada ramai kawan atau kenalan, tapi tak semestinya semua kawan dan kenalan kita itu merupakan sahabat! hah, dah pening dah korang semua baca ayat tunggang langgang aku ni! itu baru sket... aku belum cukup putar belit alam lagi ni, hahaha... nanti, biler aku putar belit alam mcm sebilangan peguam di malaysia ni, lagilah korang pening kenapa, kena plak carik panadol activ fast, uphamol, pil chi ket teck on dan benda2 seumpama dengannyalah, ahaks! ~_^

mcm aku, aku mmg ramai kawan sbb aku mmg suka berkawan! insyaAllah dengan semua orang pun aku kawan. sampaikan makcik cleaner kt tpt kerja aku pun kenal aku... pakcik guard jangan cakaplah! daripada sekolah, masuk matriks, masuk u sampai pindah umah pun, aku buat kawan dengan diorang! seronok kawan ngan diorang ni, banyak cerita2 menarik dapat aku ketahui! biler kawan ngan makcik cleaner, segala benda yg aku x sangka yg cleaner tau pun aku dapat tau! dengan guard lagilah... byk sungguh pengalaman diorg sbb majoriti guard yg aku kenal. bekas tentera... best dengar diorang citer masa zaman penjajahan komunis dulu! sedih pun ada biler diorg citer psl kawan diorg gugur di medan perjuangan...

tu yg aku pelik bebudak zaman skang ni tak menghargai guard2 tu... aku perhatikan, majoriti pandang guard or cleaner dengan pandangan yg hina! tak menghormati orang sungguh! takpelah, yang penting, aku bahagia berkawan dengan mereka! ramai orang kata aku mental biler aku bergaul dengan orang2 sebegini! itu diorang x nampak lagi aku join pekerja nepal, bangladesh, indonesia etc etc... lagilah kompem diorang kutuk aku giler! ada aku pernah dengar desas-desus, kata2 nista daripada segelintir 'kawan' aku yg kononnya aku nk kawen ngan nepal! kalau betul pun kata2 nista itu, apa salahnya! daripada aku kawen ngan lelaki2 malaysia yg merempit, mat pit, kutu lepak, kaki disko etc etc, baik aku kawen dengan org yg mencarik rezki yg halal!


berbalik kita kpd topik sahabat ini tadi... ringkasan sahabat, hayatilah lirik lagu teman sejati ni daripada kumpulan brothers;

::Teman Sejati::

Selama ini~Kumencri-cari~Teman yang sejati~Buat menemani~Perjuangan suci
Bersyukur kini~PadaMu Illahi~Teman yang dicari~Selama ini~Telah kutemui
Dengannya di sisi~Perjuangan ini~Senang diharungi~Bertambah murni~Kasih Illahi~KepadaMu Allah~Kupanjatkan doa~Agar berkekalan~Kasih sayang kita~Kepadamu teman~Ku pohon sokongan~Pengorbanan dan pengertian~Telah kuungkapkan~Segala-galanya...~KepadaMu Allah~Kupohon restu~Agar kita kekal bersatu~Kepadamu teman~Teruskan perjuangan~Pengorbanan dan kesetiaan~Telah kuungkapkanSegala-galanya~Itulah tandanya~Kejujuran kita