Khamis, 14 Ogos 2008

persahabatan

salam... tetiba terasa nak merepek kt sini plak! tadi merepek kt english blog pasal kenangan masa kanak2 dulu! skang ni nk merepek pasal persahabatan plak! hmmm, apa yg ku fahami dengan erti sahabat ini?! erm.. erm.. sahabat tu kawan lah kan dlm kata lain teman, friends, freunden, tomodachi etc etc... haha, baik takyah buat explaination.. semua pun aku translate bahasa lain! okay, secara terus terang, bagi aku sahabat adalah seseorang yg sentiasa menemani kita di dalam susah dan senang dan biasanya tak mempunyai hubungan kekeluargaan! walaupun kadang-kala ada juga kes, keluarga itu sahabat! contoh seseorang itu menganggap ibu bapa atau adik-beradiknya sebagai sahabat.

bagi aku sahabat itu lebih dalam maknanya apabila dibandingkan dengan kawan. kira up sket aaar dari kawan. contoh kita mungkin ada ramai kawan atau kenalan, tapi tak semestinya semua kawan dan kenalan kita itu merupakan sahabat! hah, dah pening dah korang semua baca ayat tunggang langgang aku ni! itu baru sket... aku belum cukup putar belit alam lagi ni, hahaha... nanti, biler aku putar belit alam mcm sebilangan peguam di malaysia ni, lagilah korang pening kenapa, kena plak carik panadol activ fast, uphamol, pil chi ket teck on dan benda2 seumpama dengannyalah, ahaks! ~_^

mcm aku, aku mmg ramai kawan sbb aku mmg suka berkawan! insyaAllah dengan semua orang pun aku kawan. sampaikan makcik cleaner kt tpt kerja aku pun kenal aku... pakcik guard jangan cakaplah! daripada sekolah, masuk matriks, masuk u sampai pindah umah pun, aku buat kawan dengan diorang! seronok kawan ngan diorang ni, banyak cerita2 menarik dapat aku ketahui! biler kawan ngan makcik cleaner, segala benda yg aku x sangka yg cleaner tau pun aku dapat tau! dengan guard lagilah... byk sungguh pengalaman diorg sbb majoriti guard yg aku kenal. bekas tentera... best dengar diorang citer masa zaman penjajahan komunis dulu! sedih pun ada biler diorg citer psl kawan diorg gugur di medan perjuangan...

tu yg aku pelik bebudak zaman skang ni tak menghargai guard2 tu... aku perhatikan, majoriti pandang guard or cleaner dengan pandangan yg hina! tak menghormati orang sungguh! takpelah, yang penting, aku bahagia berkawan dengan mereka! ramai orang kata aku mental biler aku bergaul dengan orang2 sebegini! itu diorang x nampak lagi aku join pekerja nepal, bangladesh, indonesia etc etc... lagilah kompem diorang kutuk aku giler! ada aku pernah dengar desas-desus, kata2 nista daripada segelintir 'kawan' aku yg kononnya aku nk kawen ngan nepal! kalau betul pun kata2 nista itu, apa salahnya! daripada aku kawen ngan lelaki2 malaysia yg merempit, mat pit, kutu lepak, kaki disko etc etc, baik aku kawen dengan org yg mencarik rezki yg halal!


berbalik kita kpd topik sahabat ini tadi... ringkasan sahabat, hayatilah lirik lagu teman sejati ni daripada kumpulan brothers;

::Teman Sejati::

Selama ini~Kumencri-cari~Teman yang sejati~Buat menemani~Perjuangan suci
Bersyukur kini~PadaMu Illahi~Teman yang dicari~Selama ini~Telah kutemui
Dengannya di sisi~Perjuangan ini~Senang diharungi~Bertambah murni~Kasih Illahi~KepadaMu Allah~Kupanjatkan doa~Agar berkekalan~Kasih sayang kita~Kepadamu teman~Ku pohon sokongan~Pengorbanan dan pengertian~Telah kuungkapkan~Segala-galanya...~KepadaMu Allah~Kupohon restu~Agar kita kekal bersatu~Kepadamu teman~Teruskan perjuangan~Pengorbanan dan kesetiaan~Telah kuungkapkanSegala-galanya~Itulah tandanya~Kejujuran kita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan