Jumaat, 22 Ogos 2008

merdeka

salam...

tak lama lagi, pada tanggal 31 ogos 2008, negara kita malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaanny yang ke 51... sebagai seorang rakyat malaysia, sudah pasti kita akan rasa seronok dan gembira untuk menyambutnya! tapi, apakah kita benar-benar faham dan mengerti makna kemerdekaan tersebut? uish, apahal ayat aku formal gile nie?! mcm nk buat karangan periksa jer! okay aaar, pembuka bicara jer agak formal... mari kita kembali ke topik asal dengan bahasa yang lebih santai. sekian, harap maklum, huhu~~

okaylah, aku pun seorang rakyat malaysia yang dilahirkan sesudah merdeka, untuk kiraan lebih tepat, aku dilahirkan selepas negara menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke-26... ye aaar, aku lahir 29 januari 1983, kita merdeka 31 ogos 1957. so, 26 tahunlah kan... uish sudah hampir sebaya dengan umur aku. umur aku skang 25 nk masuk 26... erm, melalut plak! mari kita kembali ke topik asal (mcm pernah dengar @ baca jer ayat nie, hehe...). memandangkan aku anak yang dilahirkan sesudah merdeka, aku tidak dapat memahami erti kemerdekaan sepenuhnye! yelah, aku lahir2 dah merdeka. jadi, aku tak pernah rasa mcm mana dijajah oleh bangsa lain. arwah atuk, nenek, abah, mak, pakcik2 ngan makcik2 aku yang lahir sblm '57 dapat melalui zaman keperitan tu.

kadang2, dirang selalu citer kt kitaorg (aku + adik-beradik aku) tentang pahit maung dijajah oleh bangsa lain! makan pun cukup makan jer. kais pagi makan pagi, kais petang, makan petang! hiburan mcm tv, wayang smeua memang takdelah! tak macam generasi zaman sekarang! makan, minum, pakai semua mewah! bebudak skolah renda, malahan bebudak tadika pun dah pakai handphone! dulu, nak ada telefon pun susah! tu yang aku sendiri pelik dengan generasi muda zaman sekarang (cara aku cakap ni, mcm aku bukan generasi mude jer, hehe...)! tak pernah tahu nk bersyukur...

kekadang bukan generasi muda (golongan belasan tahun dan 20-an), generasi yang tua sket pu tak tau bersyukur! contoh senang aku bagi, generasi yang sibuk2 nk jadik pemimpin skang ni! yang gaduh pasal benda yang remeh-temeh! buat malu negara jer, huhu~~ gaduh pasal tanah lah, minyaklah, subsidilah dan seumpama dengannya! meh sini aku bagi penyelesaian mudah utk isu2 yang utarakan tadi! tanah?! tak cukup tanah?! masa mati nanti, semua orang dapat tanah a.k.a tanah kubur! takyahlah nk rebut2 mcm budak x sekolah! minyak?! di mana ada kemahuan, di situ ada jalan! pasal benda ni, aku nk pernah citer sebelum ni! subsidi?! manja betullah rakyat malaysia ni! semua pun nk subsisdi, mana boleh jadik! usaha sendiri tanpa subsidi x boleh ke?! kalau rakyat negara lain boleh hidup tanpa subsidi, takkan rakyat malaysia yang selalu gah dengan slogan MALAYSIA BOLEH, x boleh kot! masalah lain, fikirkanlah sendiri penyelesaiannya! kata nk jadik pemimpin, takkan orang yang mereng mcm aku ni kot yang kena pikirkan, ahaks! ~_^

berbalik kita kepada erti kemerdekaan yang sebenar! walaupun aku ni generasi slps merdeka, aku tau sedikit sebanyak mengenai merdeka ni dengan mempelajarinya melalui subjek sejarah pasa zaman persekolahan dahulu! walaupun aku x suka subjek ni, tapi aku still cuba untuk memahami perjuangan dan pengorbanan para pemimpin terdahulu! masa PMR, aku pilih DATO' ONN JAAFAR sbg tokoh sejarah aku untuk projek KST (Kajian Sejarah Tempatan). masa ni aku mmg gigih cari bahan rujukan dan KST aku kira antara yang tebal jugaklah! setelah membaca dan mendalami citer Dato' Onn ni, aku mula faham tentang perjuangan mereka (pemimpin2 terdahulu) untuk membebaskan negara dari cengkaman @ jajahan bangsa asing. daripada aku x minat sejarah, dengan membuat projek KST ni, terus aku minat sejarah dan alhamdulillah thesis aku dapat cemerlang! tapi cemerlang tu blakang citer aaar! yg best, aku dapat tahu citer pasal pahit maung orang2 terdahulu untuk maecapai kemerdekaan.

berbalik kita ke zaman sekarang! kadan2, aku sedih tengok anak muda zaman skang ni! esp anak muda yang jadik mat rempit, mat pit, minah2 bohsia, bohjan, mak nyah dan seumpama dengannye lah! aku tak tau nk salahkan siapa biler tgk diorang! tu yang dah tahap kronik lah tu! yang tak kronik, mereka2 yang suka melepak tanpa arah tujuan kt tgh2 bandaraya, yang berkepit sana berkepit sini tanpa hubungan yang sah, yang terlampau mengaungkan budaya negara luar dan mcm2 lagilah! kalo nk aku listkan, sampai esok pun tak abes agaknya! ntah aaar, aku takdelah kata akku baik! aku jahat jugak! kekadang akku pun melepak gak! yelah, kata orang muda... manalah boleh duduk terperap jer kat rumah, belajar atau kerja 24 jam! sekali-sekala kenalah jugak buat aktiviti2 riadah mcm tu untuk menghilangkan tensen! tapi, lepak yang aku maksudkan ini, ialah lepak yang tak memberi sebarang hasil positif kepada pelaku2nya!

tu belum aku citer yang pegi beronggeng kat kelab malam lagi tu! aku kadang2 pelik tau! mak bapak diorang tak kesah ke anak dia pegi mana?! aku ni hah, pantang hilang kejap, kompem telepon aku akan berbunyi, parents or family members aku call, tanya lokasi aku kat mana! sampai aku 25 tahun ni pun, diorg still pantau aku! walaupun kekadang aku rimas kerana diperlakukan seperti kanak2 x cukup umur (walaupun dah terlebih umur sbnrnye), aku bersyukur kerana diorang amek berat pasal aku! dlm case bebudak melepak, merayau, merempit tak tentu pasal ni, kekadang ada silap dari ibu bapa juga! erm, ntah aaar! nk komen lelebih nanti ada orang kata aku mcm bagus plak! tepuk dada, tanyalah selera @ iman.

kesimpulannya, walaupun kita sudah hampir menyambut hari kemerdekaan yang ke-51, mindah kita masih dijajah oleh budaya2 asing! maka, kita kenalah sedara dan berubah untuk menjamin kemerdekaan yang kita kecapi ini akan berkekalan! janganlah kita terlalu gembira sehingga lupa yang kegembiraan itu mungkin tidak akan berkekalan @ bertahan lama! kita kenalah sediakan payung sebelum hujan. manusia yang sentiasa bersyulur, beringat & merendah diri disayangi Allah s.w.t. Sambutlah hari kemerdekaan ini dengan cara yang betul dan diredhai. sekian, terima kasih. Dunia ini umpama lautan yg luas.

"Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat dilautan hidup ini."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan