Khamis, 28 Ogos 2008

Muhasabah Diri

salam...

tetiba jer aku nk memilih topik muhasabah diri kali ni! kalo kt skolah dulu, muhasabah diri ni selalu dibuat waktu qiamulail! biler dah nama qiamulail @ bangun malam tu, time muhasabah diri, ramailah yang terlebih khusyu' dan tawadhu'... hehe, maknanya terlebih tu, hanyut di alam mimpi ler tue dan aku tak terkecuali! itu pun kira baik aku join qiamulail tu! masa skolah dulu, aku selalu jer escape qiamulail! bukan setakat kt skolah, sampai kat universiti pun aku escape! terukkan aku ni! kalau ajak pegi tengok wayang ke, makan2 ke, laju jer aku pergi! tak payah nk diajak 2-3 kali! kalau qiamulail tu, selagi tak dikerah sehabisnya, tak pegilah jawabnya!

berbalik kita kepada topik asal tadi iaitu muhasabah diri! memandangkan ari ni, ari khamis, malam jumaat, aku pun secara tetiba amek topik ni untuk diutarakan! sbnrnye, smlm aku baru lepas gaduh ngan mak aku pasal benda ni! hehe, si tanggang betul aku ni ek! nau'zubillah! tak maulah jadik tanggang! tapi, dipendekkan citer aku gaduh mulut ngan mak aku pasal muhasabah diri ni! kitaorang gaduh sbb benda kecik jer pun! mak aku tak kasik aku naik kl! maka aku suruh aku duduk kat rumah! aku jadik bengang sebab terasa mcm diperbudak2kan walaupun umur dah nk masuk 26 tahun! nk balik umah sewa sendiri pun kena larang, mana tak aku naik angin! ye aar, tapi aku tak patutlah cakap kasar ngan mak aku! masalah aku ni, aku mmg senang sket naik marah, tak kiralah dengan sesaper pun! sbb tu dulu, aku dilabel sebagai pelajar kurang ajar oleh beberapa orang guru! sampai skang ni pun, ramai orang label aku sebegitu. aku x boleh aar, aku mmg sebegini, refleks! kalo orang tu cakap dlm nada yg tinggi, aku mesti terbalas nada yg tinggi juga, begitu aaar sebalikya! tapi, dlm kes ni, salah akulahkan! sbb dgn ibubapa mana boleh meninggikan suara, huhu~~

masa aku gaduh mulut ngan mak aku tu, mak aku suruh aku muhasabah diri, hehe... aku plak jawab, aku dah selalu dah muhasabah diri! suka-suki jer aku menjawab mak aku kan! jahatkan aku ni! masalahnya mmg aku selalu muhasabah diri pun, mungkin orang x perasan sbb aku selalu muhasabah sblm tido! ye aar, manalah tau tetiba ajal aku masa aku tgh tido... kita bukan tahu biler kita akan meninggal dunia, betul tak?! aku bersyukur dengan didikan sorang ustazah aku di sekolah menengah. dia ajar, tiap kali sblm tido, baca doa tido dan ngucap 2 kali syahadah! insyaAllah, kalau mengucap ikhlas, kalo meninggal dalam tido pun, meninggal dalam iman! ooh yer, aku dah ingat dah nama ustazah tu! nama dia ustazah maznah! dia antara salah seorang guru yang label aku kurang ajar, hehe... reason dia aku pun lupa! tapi aku rasa aku kurang ajar ngan dia sbb dia pilih kasih antara pelajar biasa dgn pengawas kot! almaklumlah dia adalah salah seorang warden asrama merangkap guru pengawas...

cakap pasal muhasabah diri sblm tido, aku selalu mohon keampunan kepada Allah atas dosa2 yang aku lakukan esp yg disebabkan mulutaku yang takde insuran ni! mulut aku ni mmg jahat tau! kadang2 aku x nk cakap, tapi akan terlepas jugak keluar! betullah kata pepatah, mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia... pepaham sendirilah! tapi, sampai skang aku masih mencuba utk mengubah perangai aku yang suka cakap lepas ni! ye aar, lps muhasabah, kenalah amek tindakan utk berubahkan! takkan aaar masih nk kekal di takuk lama! tak gunalah muhasabah kalau mcm tu! tapi aku rasa, mulut aku dah baik sket kot dibandingkan masa aku remaja dahulu! dulu, abes semua orang aku sembur! adegan yang aku x leh lupakan, aku sembur pegawai kerajaan kat Jabatan Pendaftaran Negara(JPN). masa tu aku baru f5, tapi aku sembur sampai pegawai tu cakap, "maaf dik, itu bukan kami buat!" sambil mengangkat tangan! haha, ganas x aku! ms aku f5 umur aku baru 16 tahun, tapi aku dah sembur dengan ganas! skang, aku plak ditakdirkan utk kerja sbg seorang pegawai kerajaan! aku rasa balasan aku sembur brader tu aaar aku terpaksa berkhidmat dengan senyuman, hehehe...

okay aar, kesimpulannya, kita perlu muhasabah diri kita dahulu sebelum kita boleh menghakimi orang lain! ye aaar, manusia ni kesalahan orang nampak walaupun sekecil zarah, tapi kesalahan sendiri, kadangkalah sebesar dinosaur pun kita tak nampak! kalau kekadang kita rasa orang, dunia, kehidupan tak adil terhadap kita, cubalah kita nilai diri kita kembali! jangan asyik nk menunding jari ke arah orang lain! kadangkala kesilapan tu berpunca dari diri kita sendiri.

"Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat dilautan hidup ini."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan