Jumaat, 29 Ogos 2008

Mengapa WANITA sangat Istimewa...

Baca sampai habis ye...


Mengapa WANITA sangat Istimewa...

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata, "I letih la... Dah lewat ni, I nak tido lah..." Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas. Leceh pulak nanti. Dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink. Rendam lepas makan tadi, basuh jap, susun pinggan kat rak, lap dapur, terpercik kena sambal masa masak. Tadi, check air panas dalam flusk. Takut habis pulak nanti malam anak nak susu. Memang dah kering pun flusk ni, jerang la air.

Sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong. Salin la gula, check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok. Nasib baik ade lagi. Ishh, ni lauk bila ni, semalam. Dah beku dah. Basuh la kejap. Pergi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh. Penat dah ni, besok je la basuh, sidai kain lap je lah. Tik, bunyi air dah masak. Salin air dalam flusk. Ok, settle. Baru teringat tak solat lagi.

On the way nak pergi bilik, papa tgk tv lagi. Nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska, check. Baju 2 pasang, towel, towel kecik utk selsama, calamine lotion untuk sapu ruam, pampers 4 keping. Alamak, terlupa pulak masukkan botol! Basuh botol jap. Ok, settle! Ternampak pulak beg pergi kerja. Ermm, besok nak pakai beg polo coklat lah, asyik2 pakai beg hitam ni je. Salin jap barang2 gi beg coklat. Cek semua 6 poket beg, takut la tetinggal apa2. Leceh pulak, selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti. Hishhh sempit la beg ni, hangin je! Nak kena beli ni beg baru. Rasenya 25 hb ni ,SOGO sale nih! Mana flyers tadi ek?! Hah, ni die! Okay, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa. Okay, settle!

Tetiba dengar suara papa,"U buat apa lagi tu tadi? Kata nak tido!" "Yelah nak tido la ni, nak solat jap!" Masuk toilet, buat apa2 yang patut. Cuci muka dulu, 2 jenis lak tu! Adoi, gosok gigi, solat, pakai toner, pakai treatment cream, nak lawa and maintain punya pasal lah ni! Nanti orang kata baru anak satu dah macam anak pulak, huhuhuh~~ Buka almari, ermm... Pakai baju hijau ni lah besok, gosok kejap. Check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni.

Kat bilik belakang. Lah, kenapa komputer ni tak tutup ni?! Gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah. Iskh, pegi dapur, basuh, sambung gosok baju, gantung elok2, kemaskan baju gantung2, masukkan seluar papa yan dah kotor dalam tempat kotor, ok settle. Dengar suara papa lagi, "I dah ngantuk ni!" Dalam pada nak masuk ke bilik, owh! Pokok aku dah nak mati ni hah! Lupa dah 3 hari tak siram. Ok, siram jap. Check jap pintu ni, sah tak kunci lagi. Grill pun tak tutup. Ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku.

Bukak lampu luar. Ni mainan ni sepah2, masukkan la dalam bakul mainan budak. Ni, banyaknya, sampai bawah meja makan pun ade, adoi! Ok dah ! Ok dah boleh baring. Adoi, sakitnya pinggang! Cium si comel ni kejap, selimutkan dia. Lah, kenapa basah ni?! Ermm, tukar la pampers ni. Tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la. Nanti pegi SOGO 25 hb ni beli la skali. Ok sayang, tido kay! Kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh. Tido sampai pagi kay... Gud nite... Sweet dreams...

Aahh, sedapnya dapat baring... Mana pulak lotion sapu kurus aku nih?! Hah, ni dia! Sambil sapu lotion kurus, setkan alarm, setkan program kerja besok. Pagi pukul 9.30 ade meeting. Ahh, boring! Panas pulak lotion nih, dah la... Ermm, sedapnya lelapkan mata. Ya Allah, terima kasih untuk rezekiMU hari ini. Mohon keberkatan dari-Mu Tuhan. Papa pun bangun tutup TV,"I dah ngantuk sangat ni. Nak tido lah, citer pun tak best malam ni, bola pun takde!" Selang seminit, lelap diulit mimpi! Itulah bezanya wanita dan lelaki....

#kopipes

Tiada ulasan:

Catat Ulasan